Friday, March 30, 2012

Erti Kebahagiaan

Jika ditanya, semua orang ingin hidup bahagia. Namun malangnya tidak semua bahkan terlalu sedikit yang mengecapi erti kebahagiaan yang sebenar.
Kenapa? Ya, tidak semua manusia benar-benar memahami, apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Dan tidak semua yang mengetahui erti kebahagiaan itu tahu pula jalan untuk meraihnya.
 Ada yang menyangka kebahagiaan itu terletak pada harta kekayaan lalu seluruh masanya dikorbankan untuk mengumpul sebanyak mungkin harta.

Suami isteri turun ke medan perniagaan dan kerjaya hingga anak-anak dibiarkan kesunyian dan hidup kekosongan. Tidak ada masa yang diperuntukkan untuk bersama-sama mereka apatah lagi untuk bergurau senda dan berkasih mesra.
Senyuman bukan lagi untuk anak-anak tetapi hanya untuk rakan perniagaan dan pelanggan. Jika ditanya kenapa semua itu berlaku maka jawapannya "Demi untuk kebahagiaan keluarga tercinta". Ya. demi kebahagiaan keluarga tercinta anak-anak ditingalkan di villa mewah dengan segala kemudahan dan kemewahan. Namun malangnya, anak-anak melihat mahligai itu umpama penjara jiwa yang penuh dengan kesunyian dan kekecewaan.
Anak-anaknya lalu keluar menerokai malam lalu terdampar di kelab-kelab yang menawarkan
keseronokan sementara untuk melupakan pedih dan sunyinya kehidupan. Mereka meneguk minuman yang mematikan jiwa agar jiwa tidak lagi terasa pedih melihat kehidupan atau kecewa merenung masa depan. Segalanya ingin dilupakan dan segala keperitan terpaksa ditelan lalu ditanya padanya, apa semua ini? Katanya "Ingin mencari kebahagiaan".

Jadi dimanakah letaknya kebahagiaan? Bagaimana cara untuk menggapainya? Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah antara manusia yang diuji dengan ujian yang luar biasa. Ada yang diletakkan besi panas pada dadanya hingga mengeluarkan lemak dan lemak itu lalu memadamkan bara api. Khubaib Ibnu Adi RA di kerat anggota badannya satu persatu hingga menemui kematian. Mus'ab bin Umair hidup dalam serba kekurangan, sehari makan sehari berlapar dan berbagai bentuk kepayahan dan penderitaan yang mereka lalui. Ya, dari sudut fizikalnya mereka menderita dan hidup dalam kesempitan tetapi apa yang ada dijiwa mereka? Ketenangan, kepasrahan, lapang dada dan kepuasan dengan kehidupan dan pengorbanan. Kita memiliki segala kemewahan dan kesenangan tetapi apa yang ada dihati kita? Keraguan, kegelisahan, keluh kesah, kekecewaan dan segala racun yang mematikan hati. 
Kenapa? Ya, mereka memilki iman; iman yang menghidupkan jiwa, iman yang melahirkan kekuatan dan ketahanan jiwa yang luar biasa. 
Iman mereka melahirkan keyakinan kepada segala janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT, Iman mereka membangunkan keyakinan kepada bantuan dan pertolongan Allah, Iman mereka menjadikan mereka bangga menjadi Mukmin dan menjadikan mereka hidup dengan kemuliaan dan mengorbankan segalanya untuk manusia bersama-sama mengecapi kebahagiaan yang mereka rasai. 
Mereka tabah mengharungi segala kepayahan dan tersenyum menghadapi kematian. Ya, mereka memiliki segalanya yang disebut KEBAHAGIAAN.

Sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog

Wednesday, March 28, 2012

Surat Yang Diabaikan

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.
Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.
Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.
Beberapa tahun berlalu… Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya.

Sunday, March 25, 2012

Proseslah Obsesi Kita


Seorang arkitek berjalan di sebuah kotaraya.Dia melalui jalanan dan lorongan.Matanya tidak lepas memerhatikan senibina dan susun atur bangunannya.Keasyikannya kepada senibina  membuatkannya berfikir akan konstruksi bangunan itu.Di perhatikan dari tiang hinggalah kepada bentuk dan rekabina dalaman bangunan tersebut.

Seorang pereka fesyen berjalan di sebuah kotaraya.Dia juga melalui jalanan dan lorongan.Lirik matanya mengikuti susuk dan penampilan warga kota.Di lihatnya remaja yang sedang berlibur di pasar besar bagi mencari idea.Jika seseorang tampil dengan gaya yang berbeza matanya dan nalurinya cepat dapat menangkap dan menganalisa. Itulah obsesi. Bukan sahaja arkitek dan pereka fesyen sahaja mempunyai obsesi.

Mukmin juga mempunyai obsesi.
Obsesinya adalah akhirat.
Dia tidak pernah lupa akan hakikat penciptaannya.Segalanya dilihat dan dicerna melalui alunan obsesinya yang tersendiri. Sekiranya dia berjalan di kotaraya dan melihat seorang tua.Ia terus teringat akan saat usianya akan berakhir dan dia perlu bersedia.
Sekiranya dia melihat orang lain berada dalam kesakitan dan kesusahan.Lantas terbayang kesengsaraan di neraka Jahannam dan pantas memotivasikan dirinya untuk beramal bagi menyelamatkan dirinya.


Sekiranya dia melalui lorong gelap pantas dia teringat akan kegelapan di alam kubur.
Setiap yang ada di hadapannya terkait dengat akhirat dek kerana obsesinya.
Maka apa pula yang kita dapat dari pemandangan kehidupan kita?
Apakah obsesi kita?

Sumber : http://bersamakepuncak.blogspot.com

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails