Tuesday, December 23, 2014

Tolakan Iman


Mari kita panjatkan rasa syukur kepada Allah tanpa rasa jemu kerana begitu banyak nikmat yang Allah curahkan kepada kita.
Nikmat yang paling kita hargai nikmat iman.

Diharapkan dengan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, kehidupan kita yang sementara ini dapat dijadikan suatu medan untuk kita mencari bekal untuk dibawa balik bertemu Allah SWT.


Sesungguhnya kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya. 
Jika kita berbahagia maka kebahagiaan kita adalah kebahagiaan yang hakiki yang kekal untuk selama-lamanya. Kehidupan di dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja , hanya laluan sementara sebagaimana pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW , hidup di dunia ini umpama seorang musafir , yang berjalan dan berhenti berteduh di  sebatang pokok , sampai masa dia akan menyambung perjalanan dia balik.Jadi duduk berehat di bawah pokok itulah tempoh kehidupan di dunia.

Masanya begitu singkat.Tapi syaitan dengan segala tipu dayanya menjadikan dunia itu nampak kekal.Nampak begitu indah bahkan seolah-olah kita hidup selama-lamanya sehingga ramai dalam kalangan manusia melupai bahawa kematian itu bakal menjemputnya pada bila-bila masa sedangkan kematian itu begitu hampir antara pejam dengan celik.
Tidak mustahil , sedang kita berehat-rehat  menonton TV sedangkan azan telah berkumandang , tiba-tiba Allah cabut nyawa kita. Begitulah sebenarnya kematian begitu hampir dengan kita.

Sebab itu , jiwa mukmin , jiwa yang meyakini pertemuan dengan Allah SWT , dia sentiasa sibuk menyiapkan bekalan atau menyiapkan dirinya untuk menjadikan dunia ini sebagai medan mencari bekalan untuk balik berjumpa dengan Allah SWT.

Dia meyakini bahawa Addunia Mazra’atul Akhirah , “Dunia ini ladang akhirat”. Jika di dunia ini tempat kita tanam pokok-pokok yang baik , kita akan tuai buah-buah yang baik,hasil-hasil yang baik di akhirat nanti.Tapi jika dunia ini dijadikan sebagai ladang maksiat , kita akan tuai buah-buah yang busuk dan beracun di akhirat.Dunia ini ladang akhirat.

( Audio Hidup Dengan Nilai Iman , Abu Umar )

Friday, March 14, 2014

Rahmat Mendahului

Pertamanya , mari kita memanjatkan setinggi syukur dan terima kasih kepada Allah yang telah memberi kita peluang & kesempatan masa dan pelbagai nikmat yang lain sehingga saat ini. Memang dalam hidup kita ini banyak nikmat yang kita dapat , nikmat kesihatan , nikmat kejayaan dalam pelajaran , kerjaya dan pelbagai lagi. Alhamdulillah tetapi di antara banyaknya nikmat ini , ada satu nikmat yang kita perlu betul-betul hargai iaitu nikmat diberi umur untuk terus hidup. Selagi umur kita masih lagi berjalan , selagi itulah kita boleh melakukan apa jua yang kita kehendaki.
Ada manusia yang hidupnya dipenuhi dengan mencari kehebatan dan ketinggian namun ada juga yang mengisi hidup sehariannya mencari kehinaan yang berterusan.
Namun yang pasti , apa yang kita kejar dan isi di dunia ini pasti kita tuai di akhirat nanti.

'Dunia ladang akhirat'
Jika di dunia ini , tempat kita menanam benih-benih yang baik , cantik , sihat , di akhirat nanti kita akan dapat buah-buah yang sedap dan cantik namun jika di dunia ini , tempat kita menanam benih-benih yang rosak , di akhirat nanti kita akan tuai buah-buah yang rosak dan busuk.Tiada guna dan tidak bernilai langsung.

Suatu hakikat yang kita perlu sedar bersama ,
Setiap umur yang berjalan inilah saat-saat yang berharga kerana inilah penanda kehidupan kita akan bergerak meninggalkan masa silam kita.
Dalam perjalanan hidup ini , ada yang bergembira dengan masa silamnya.
Ada juga yang menyesali  masa silamnnya yang penuh kehinaan dan dosa dengan rasa putus asa dan kegelisahan.
Tetapi , jika kita benar-benar mengenali Allah SWT , kita dapat merasakan sebaliknya.

Kata Syeikh Ibnu Ata'illah :
"Sesiapa yang benar-benar mengenal Allah akan berasa kecil dosanya apabila dibandingkan dengan keluasan rahmat-Nya" 

Kata Imam Al-Ghazali pula , 
'Aku hidup pagi ini kerana banyaknya dosa aku semalam , lalu Allah bagi kesempatan dan peluang untuk aku bertaubat'

Anas bin Malik berkata , 
"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda ," Allah SWT berfirman ,
" Wahai anak cucu Adam , sesungguhnya selama mana engkau berdoa dan mengharap kepada-Ku , niscaya Aku ampuni segala dosa-dosa yang ada padamu dan Aku tidak memedulikannya,Wahai anak cucu Adam , jika dosa-dosamu telah mencapai awan di langit , kemudian engkau meminta ampunan-Ku , niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak akan memedulikannya.Wahai anak cucu Adam , sekiranya engkau mendatangi-Ku dengan membawa kesalahan sebesar isi dunia , kemudian engkau menghadap-Ku

( meninggal dunia ) tanpa mempersekutukan Aku dengan apa pun , sungguh Aku akan memberimu ampunan sebesar dunia dan seisinya."
( Hadis 42 dari Hadis 40 Imam Nawawi , Riwayat at-Tarmizi )

Moga kehidupan kita yang masih berbaki ini dapat kita manfaatkan sebaik mungkin.
Masa kepulangan kita tidak pasti bila dan bagaimana.
Yang pastinya , kita akan balik berjumpa Allah SWT.
InshaAllah , selagi kita diberi nafas untuk terus hidup , selagi itulah , harapan tetap ada.


Sunday, February 9, 2014

Ku Rindu Baju Hijau Itu


Baju HIJAU dikenakan…
Berjalan dengan perlahan sambil mata yang terpejam menuju kearah musolla…
Tika subuh selesai, bulatan tercipta membicarakan pelbagai hal…
Sedang mentari terbit dari lindungan banjaran wangsa-bridge,
Kaki mula melangkah kearah dewan makan yang penuh dengan rezeki dari Allah S.W.T….
Terciptalah kembali bulatan persahabatan,
Makanan dikongsi bersama,
Disebalik cawan yang sedikit itu,
Mereka menanti dengan penuh kesabaran…
Tatkala selesai, rundingan dijalankan bagi menentukan pembasuh talam terbaik….
Tangan yang bersambal dicuci…
Buaian bersebelahan pokok mata kucing itu dibuai lagi…
Mereka berehat sebentar sementara menanti tibanya waktu,
Itulah waktu dimana…
Bola dirembat kencang, ditampar dan ditimbang….
Setelah perut kembali normal,
Baju di ampaian dikutip,
Kasut nike dan juga warrior disarungkan…
Ketika gol penyamaan dijaringkan,
Ketika spiker berjaya membuat tamparan terbaik,
Ketika bola takraw dilipat,
Laungan takbir memecah suasana pagi yang indah…
Hari demi hari berlalu dengan pantas…
Mata yang bersinar itu saling merenung….
Tangan mulia itu menggenggam kemas…
Kaki menjadi kaku, tidak mampu melangkah…
Kerna hati yang sangat sayu…
Tak mampu lagi menahan takungan air mata…
Menangisi hari terakhir mereka bersama…
Tubuh-tubuh itu saling berpelukan…
Sayu kedengaran tangisan perpisahan…
Mungkin suatu hari nanti,
Mereka akan bertemu lagi….
InsyaAllah…
Duduk sambil bersandar di atas singgahsana,
Melihat sungai-sungai mengalir,
Itulah syurga ‘Adn
Mereka memakai pakaian sutera HIJAU….
 Ameen.


Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails