Sunday, February 9, 2014

Ku Rindu Baju Hijau Itu


Baju HIJAU dikenakan…
Berjalan dengan perlahan sambil mata yang terpejam menuju kearah musolla…
Tika subuh selesai, bulatan tercipta membicarakan pelbagai hal…
Sedang mentari terbit dari lindungan banjaran wangsa-bridge,
Kaki mula melangkah kearah dewan makan yang penuh dengan rezeki dari Allah S.W.T….
Terciptalah kembali bulatan persahabatan,
Makanan dikongsi bersama,
Disebalik cawan yang sedikit itu,
Mereka menanti dengan penuh kesabaran…
Tatkala selesai, rundingan dijalankan bagi menentukan pembasuh talam terbaik….
Tangan yang bersambal dicuci…
Buaian bersebelahan pokok mata kucing itu dibuai lagi…
Mereka berehat sebentar sementara menanti tibanya waktu,
Itulah waktu dimana…
Bola dirembat kencang, ditampar dan ditimbang….
Setelah perut kembali normal,
Baju di ampaian dikutip,
Kasut nike dan juga warrior disarungkan…
Ketika gol penyamaan dijaringkan,
Ketika spiker berjaya membuat tamparan terbaik,
Ketika bola takraw dilipat,
Laungan takbir memecah suasana pagi yang indah…
Hari demi hari berlalu dengan pantas…
Mata yang bersinar itu saling merenung….
Tangan mulia itu menggenggam kemas…
Kaki menjadi kaku, tidak mampu melangkah…
Kerna hati yang sangat sayu…
Tak mampu lagi menahan takungan air mata…
Menangisi hari terakhir mereka bersama…
Tubuh-tubuh itu saling berpelukan…
Sayu kedengaran tangisan perpisahan…
Mungkin suatu hari nanti,
Mereka akan bertemu lagi….
InsyaAllah…
Duduk sambil bersandar di atas singgahsana,
Melihat sungai-sungai mengalir,
Itulah syurga ‘Adn
Mereka memakai pakaian sutera HIJAU….
 Ameen.


Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails