| Haram pakai jersi lambang salib | KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. “Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut. “Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini. |
Kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kemuliaan dengan Islam , maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam , maka ALLAH akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan
Sunday, July 18, 2010
Haram Pakai Jersi Lambang Salib
Thursday, June 10, 2010
( Soal Jawab ) Ikan Keli
Soalan :
Saya penggemar ikan keli . Banyak ikan keli yang diternak diberi makan najis sehingga ada yang mengatakan hukum memakan ikan tersebut adalah haram dan ada juga yang mengatakan makruh . Apakah pendapat ulama dalam kes ini?
Jawapan :
Haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya disebut sebagai jallalah . Ulama berbeza pendapat dalam meletakkan takrif jallalah . Ulama Maliki , Syafi'i dan Hanbali berpendapat maksud jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut makan makanan lain.
Para ulama Hanafi , Syafi'i , Imam Malik sendiri dan Imam Ahmad di dalam salah suatu pendapatnya mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan. Manakala para ulama Hanbali mengharamkan daging jallalah untuk dimakan.
At- Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melarang seseorang daripada memakan daging jallalah termasuk susunya. Para ulama Hanbali mengambil berdasarkan hadis zahir dan meletakkan setiap larangan membawa maksud haram. Manakala ulama lain meletakkan bahawa larangan di sini bukanlah haram secara mutlak , malah ianya hanya menunjukkan larangan yang membawa maksud makruh.
Walaubagaimanapun , ulama meletakkan tempoh tertentu untuk membersihkan jallalah ini dengan memberikan makanan yang baik dan bukan najis kepada jallalah ini.
Menurut para ulama Syafi'i , binatang seperti ayam perlu dikuarantikan selama tiga hari , kambing pula selama tujuh hari , unta dan lembu perlu dikuarantinkan selama 40 hari.
Dalam masalah ikan keli pula , tempoh kuarantinnya sama seperti ayam iaitu 3 hari dan dalam tempoh tersebut ikan perlulah diberi makan dengan makanan yang bukan najis.
Sumber - ( Solusi , Isu 15 , Soal Jawab Fiqah ) Berikut adalah fatwa kebangsaan mengenai perkara ini
Thursday, June 3, 2010
Ikan Keli
Info
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram
Halal
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram
- Kepala berbentuk ‘V’
- Bentuk badan mirip torpedo
- Badan berwarna hitam berkilat
- Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
- Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
- Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal
- Kepala berbentuk ‘U’
- Bentuk badan tirus
- Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
- Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
- Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
- Digoreng tidak meletup
Wednesday, June 2, 2010
Palestin Mode!!
" Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam , maka dia bukanlah dari golongan mereka "
( Al - Hadith )
Takkan dengar dan tengok...
Teruskan doa untuk mereka..Palestin!!
Saturday, May 15, 2010
Masjid...Surau??Bila??
Inilah realitinya..kita??
" Jangan kita beratkan atau tangguhkan langkahan ke rumah Allah kerana rahmat dan ketenangan dari ALLAH sentiasa menunggu "
Wednesday, May 5, 2010
Jom Gegar Stadium Melawati Shah Alam!!
* Persembahan :
- Parkour
- Nasyid : Shoutul Harakah ( Indonesia )
- Dan banyak lagi...
* Masuk free
Talian Hayat
Lebih daripada 1.5 juta orang penduduk Gaza meneruskan kehidupan seharian mereka dalam keadaan serba
kesempitan dan kekangan akibat sekatan berterusan yang dikenakan oleh rejim Aparthied Zionis Israel dan sekutunya.
Sekatan yang dikenakan sejak bermulanya Intifadah Al Aqsa pada bulan November 2000 berterusan sehingga ke saat ini, di mana rakyat Gaza dihalang daripada mendapatkan hak asas kemanusiaan ‐ kebebasan untuk bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air ‐ dan mereka diasingkan sama sekali dari dunia luar.
Israel menghina dunia dengan melanggar Konvensyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila terus membina Tembok Kematian, mengurung Palestin dengan tembok batu setinggi dari 8 hingga 15 meter. Tidak cukup dengan kurungan itu, kerajaan Mesir juga bertindak membina Tembok Besi bagi menutup
sebarang laluan di sepanjang sempadan Gaza‐ Mesir. Serangan brutal Zionis Israel ke atas Gaza dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sama sekali meranapkan kehidupan di Gaza. Rumah kediaman, sekolah, masjid, universiti, hospital, kilang‐kilang, jalanraya, malahan apa sahaja yang diperlukan untuk kehidupan dirosakkan atau dimusnahkan. Setelah dimusnahkan sedemikian rupa, mereka dihalang dari
mendapat bantuan luar, disekat dari turun ke laut, dan diserang hampir setiap hari… dapatkah kita bayangkan kehidupan seperti itu?

Subscribe to:
Posts (Atom)