Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Sunday, February 9, 2014

Ku Rindu Baju Hijau Itu


Baju HIJAU dikenakan…
Berjalan dengan perlahan sambil mata yang terpejam menuju kearah musolla…
Tika subuh selesai, bulatan tercipta membicarakan pelbagai hal…
Sedang mentari terbit dari lindungan banjaran wangsa-bridge,
Kaki mula melangkah kearah dewan makan yang penuh dengan rezeki dari Allah S.W.T….
Terciptalah kembali bulatan persahabatan,
Makanan dikongsi bersama,
Disebalik cawan yang sedikit itu,
Mereka menanti dengan penuh kesabaran…
Tatkala selesai, rundingan dijalankan bagi menentukan pembasuh talam terbaik….
Tangan yang bersambal dicuci…
Buaian bersebelahan pokok mata kucing itu dibuai lagi…
Mereka berehat sebentar sementara menanti tibanya waktu,
Itulah waktu dimana…
Bola dirembat kencang, ditampar dan ditimbang….
Setelah perut kembali normal,
Baju di ampaian dikutip,
Kasut nike dan juga warrior disarungkan…
Ketika gol penyamaan dijaringkan,
Ketika spiker berjaya membuat tamparan terbaik,
Ketika bola takraw dilipat,
Laungan takbir memecah suasana pagi yang indah…
Hari demi hari berlalu dengan pantas…
Mata yang bersinar itu saling merenung….
Tangan mulia itu menggenggam kemas…
Kaki menjadi kaku, tidak mampu melangkah…
Kerna hati yang sangat sayu…
Tak mampu lagi menahan takungan air mata…
Menangisi hari terakhir mereka bersama…
Tubuh-tubuh itu saling berpelukan…
Sayu kedengaran tangisan perpisahan…
Mungkin suatu hari nanti,
Mereka akan bertemu lagi….
InsyaAllah…
Duduk sambil bersandar di atas singgahsana,
Melihat sungai-sungai mengalir,
Itulah syurga ‘Adn
Mereka memakai pakaian sutera HIJAU….
 Ameen.


Monday, October 22, 2012

Biarlah Rahsia


" Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'.
Beramal kerana manusia adalah syirik.
Ikhlas itu ialah ALLAH menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya " 
- Fudhail Ibn Iyad-

Sunday, July 10, 2011

Antara Dua Cinta


Dua CINTA yang tidak akan pernah bertemu dalam satu masa iaitu:
  • Cinta kepada Allah swt dan cinta kepada kemaksiatan
  • Cinta kepada jihad dan cinta kepada kehidupan dunia
  • Cinta kepada pengorbanan dan cinta kepada harta
  • Cinta kepada kebenaran dan cinta kepada kekuasaan
  • Cinta kepada kedamaian dan cinta kepada membalas dendam
  • Cinta kepada pembaikan (Al-Islah) dan cinta kepada keselamatan
  • Cinta kepada kerja keras dan cinta kepada kerehatan
  • Cinta kepada keadilan dan cinta kepada penindasan
  • Cinta kepada kebaikan dan cinta kepada tipu daya

Sumber  : KBHI

Saturday, May 15, 2010

Masjid...Surau??Bila??



Inilah realitinya..kita??

" Jangan kita beratkan atau tangguhkan langkahan ke rumah Allah  kerana rahmat dan ketenangan dari  ALLAH sentiasa menunggu "

Thursday, February 11, 2010

Excuseless Life!!


Wednesday, February 10, 2010

Dunia Hati

 

" Berapa ramai manusia hari ini menjadi hamba kemasyhuran  hamba dunia dan hamba nafsu yang penuh dengan tipu daya? Sedarlah , dunia adalah medan untuk mencari cinta Kekasih dan akhirat saat menemui Kekasih "

Hidup Sebagai Peminjam

Monday, February 8, 2010

Usia

 
Usia tidak tunggu sesiapa


" Hakikatnya , semakin meningkatnya usia kita , semakin dekat diri kita dengan kematian , semakin diri kita dengan kematian , makin dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T. Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek aqal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan "

Saturday, February 6, 2010

Dunia Ladang Akhirat

 
" Kehidupan dunia tidak lebih dari satu persinggahan yang terlalu sementara tetapi dirasakan lama apabila jiwa terleka dan terpegun dengan keindahan dunia yang penuh kepalsuan.Segala kemewahan akan ditinggalkan dan segala keseronokan akan sirna akhirnya , yang tinggal hanyalah kenangan yang semakin hari semakin pudar ditelan masa. Dunia tidak sepatutnya menjadi penentu kepada kesedihan dan kegembiraan kerana sifat kepalsuan dan kesementaraannya.Teguhkan hati dalam menyiapkan ' tanaman ' untuk dituai hasilnya di akhirat kelak ! "

Thursday, February 4, 2010

Seni Manusia

          
" Sungguh hebat hasil ciptaan manusia tetapi pernahkah kita membandingkannya dengan keajaiban & kehebatan ciptaan Yang Maha Pencipta apatah lagi menghargainya walaupun sesedut oksigen "

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails