Sunday, July 10, 2011

Antara Dua Cinta


Dua CINTA yang tidak akan pernah bertemu dalam satu masa iaitu:
  • Cinta kepada Allah swt dan cinta kepada kemaksiatan
  • Cinta kepada jihad dan cinta kepada kehidupan dunia
  • Cinta kepada pengorbanan dan cinta kepada harta
  • Cinta kepada kebenaran dan cinta kepada kekuasaan
  • Cinta kepada kedamaian dan cinta kepada membalas dendam
  • Cinta kepada pembaikan (Al-Islah) dan cinta kepada keselamatan
  • Cinta kepada kerja keras dan cinta kepada kerehatan
  • Cinta kepada keadilan dan cinta kepada penindasan
  • Cinta kepada kebaikan dan cinta kepada tipu daya

Sumber  : KBHI

Sunday, December 12, 2010

Perhimpunan Pagi

Masa                     : 16 / 6 / 2003 , 8 pagi
Pengerusi Majlis    :  Husni
Qari Pagi ni           :  -
Penyampai             : Almarhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain

1. Hutang dengan ALLAH akan dibayar dengan menta'ati ALLAH
2. Niat ikhlas dalam ibadah
3. Akal adalah nikmat manusia yang terbesar daripada haiwan
4. Kehidupan masyarakat sekarang tidak mengikut ALLAH
5. Perlu menjaga kebersihan kerana ALLAH menyayangi kebersihan
6. Menolong musuh ALLAH adalah haram
7. Musuh Islam sekarang adalah Amerika dan Yahudi
8. Kekalahan umat Islam adalah kerana keruntuhan akhalak Islam
9. Umat Islam kurang kekuatan
10.Perlu membina kekuatan sebenar ( iman )

Saturday, December 11, 2010

Doa


Suatu petang , satu peristiwa telah berlaku.
" Ahmad , ada member kita accident , petang tadi " ujar Ali
" Sapa ?  " Ahmad bertanya dengan terkejut.
" Karim dengan Saiful, diorang naik motor , on the way nak pi Salak Tinggi " Ali menjelaskan lagi.
" Sekarang diorang ada kat mana ? " Ahmad bertanya lagi.
" Diorang ada kat Hospital Putrajaya dah sekarang , nak pi sana ka , Ahmad ? " Ali meneruskan perbualan.
" Boleh jugak tu , japgi lepas maghrib aku pi dengan ko , Ali   , boleh? " Ahmad menyuarakan keinginan.
" Boleh - boleh , jom " Ali menyudahkan sembang petang itu.

Thursday, December 9, 2010

Perhimpunan

Masa                     : 9 / 6 / 2003 , 8 pagi
Pengerusi Majlis     : Mughirah Syukbah Mustafa Kamil
Qari Pagi ni            : Saifuddin Bin Abbas
Penyampai             : Ustaz Abdul Hadi Bin Osman


1. ALLAH berjanji akan mengangkat orang - orang yang beriman dan berilmu
2. Ilmu perlu dipergunakan
3. Rasulullah berbangga mempunyai umat yang baik dari segi semua sgi
4. Perlu berfikir mengikut syara'
5. Dusta pintu perangkap syaitan

Wednesday, December 8, 2010

Jumpa

Hari ini , segala puji bagi ALLAH dikuatkan kembali untuk berkongsi segala apa yang tersisa dalam diri ni..
Setelah sudah lama mencari  , akhirnya ketemu juga buku - buku catatan lama apa yang dapat di MATRI dulu...jadi peluang untuk berkongsi lagi banyak dan panjang..inshaALLAH..


Masa           : 25 / 5 / 2003 , Lepas Isya'
Penyampai   : Ustaz Abdul Karim Hashim
Tajuk           : Amalan membaca Al-Quran


1. Menjaga Islam tidak begitu berat
2. Perlu yakin bahawa ALLAH yang menentukan segala - galanya
3. Jangan ada sikap tidak suka kepada Al-Quran
4. Setiap hari sekurang - kurangnya 1 muka Al-Quran
5. Perlu ada sifat menyayangi Al-Quran
6. Al-Quran juga cara untuk kenal ALLAH
7. Tiada sebarang kebatilan kepada Al-Quran
8. Al-Quran tanda kebesaran ALLAH
9. Fardhu dan wahyu ALLAH tidak pernah salah


Diharapkan dengan perkongsian ni , kita dapat 'saham akhirat' bersama..

 ' You will get better what you share with others '

Sunday, July 18, 2010

Haram Pakai Jersi Lambang Salib

Haram pakai jersi lambang salib




KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Thursday, June 10, 2010

( Soal Jawab ) Ikan Keli

Soalan : 
Saya penggemar ikan keli . Banyak ikan keli yang diternak diberi makan najis sehingga ada yang mengatakan hukum memakan ikan tersebut adalah haram dan ada juga yang mengatakan makruh . Apakah pendapat ulama dalam kes ini?



Jawapan : 
Haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya disebut sebagai jallalah . Ulama berbeza pendapat dalam meletakkan takrif  jallalah . Ulama Maliki , Syafi'i dan Hanbali berpendapat maksud jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut makan makanan lain.
Para ulama Hanafi , Syafi'i , Imam Malik sendiri dan Imam Ahmad di dalam salah suatu pendapatnya mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan. Manakala para ulama Hanbali mengharamkan daging jallalah untuk dimakan.
At- Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melarang seseorang daripada memakan daging jallalah termasuk susunya. Para ulama Hanbali mengambil berdasarkan hadis zahir dan meletakkan setiap larangan membawa maksud haram. Manakala ulama lain meletakkan bahawa larangan di sini bukanlah haram secara mutlak , malah ianya hanya menunjukkan larangan yang membawa maksud makruh.
Walaubagaimanapun , ulama meletakkan tempoh tertentu untuk membersihkan jallalah ini dengan memberikan makanan yang baik dan bukan najis kepada jallalah ini. 
Menurut para ulama Syafi'i , binatang seperti ayam perlu dikuarantikan selama tiga hari , kambing pula selama tujuh hari , unta dan lembu perlu dikuarantinkan selama 40 hari. 
Dalam masalah ikan keli pula  , tempoh kuarantinnya sama seperti ayam iaitu 3 hari dan dalam tempoh tersebut ikan perlulah diberi makan dengan makanan yang bukan najis.
Sumber - ( Solusi , Isu 15 , Soal Jawab Fiqah ) 
Berikut adalah fatwa kebangsaan mengenai perkara ini

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails