Kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kemuliaan dengan Islam , maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam , maka ALLAH akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan
Wednesday, July 13, 2011
Segalanya ada jawapan
Setiap hari , pasti timbul persoalan - persoalan yang sentiasa bermain - main di fikiran kita . Timbul risau , gelisah , marah dan ragu - ragu . Kita rasa buntu dan seolah - olah tiada jalan keluar dari persoalan - persoalan ni. Salah . Sebenarnya ada jawapan di sebalik segala persoalan itu. Di mana jawapan-jawapan itu?Jawabnya ialah Al-Quran , Kalamullah
Kita bertanya: Ya ALLAH , kenapa aku diuji seberat ni ?
Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.
Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku inginkan dalam hidup ni?Aku selalu berharap dan bercita - cita untuknya tapi tak dapat...
Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.
Kita bertanya : Kenapa ujian kepada aku seberat ini?Aku rasa lemah dan tak berdaya nak menempuhinya . Sukar..
Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.
Kita bertanya : Aku selalu rasa frust & tertekan dengan keadaan aku sekarang ni.
Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapi frust dan tekanan ni?
Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.
Kita bertanya : Pada siapa yang aku berharap untuk bantu aku dengan segala masalah - masalah aku ni?
Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.
Kita bertanya : Apa hikmahnya daripada semua ujian ini?Rugi & Untung?
Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.
Kita berkata : Aku tak tahan dah dengan dugaan ni!Tak sanggup.
Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.
Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?Sukarnya.
Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.
WaALLAHu'alam.
Sunday, July 10, 2011
Antara Dua Cinta
Dua CINTA yang tidak akan pernah bertemu dalam satu masa iaitu:
- Cinta kepada Allah swt dan cinta kepada kemaksiatan
- Cinta kepada jihad dan cinta kepada kehidupan dunia
- Cinta kepada pengorbanan dan cinta kepada harta
- Cinta kepada kebenaran dan cinta kepada kekuasaan
- Cinta kepada kedamaian dan cinta kepada membalas dendam
- Cinta kepada pembaikan (Al-Islah) dan cinta kepada keselamatan
- Cinta kepada kerja keras dan cinta kepada kerehatan
- Cinta kepada keadilan dan cinta kepada penindasan
- Cinta kepada kebaikan dan cinta kepada tipu daya
Sumber : KBHI
Sunday, December 12, 2010
Perhimpunan Pagi
Masa : 16 / 6 / 2003 , 8 pagi
Pengerusi Majlis : Husni
Qari Pagi ni : -
Penyampai : Almarhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain
1. Hutang dengan ALLAH akan dibayar dengan menta'ati ALLAH
2. Niat ikhlas dalam ibadah
3. Akal adalah nikmat manusia yang terbesar daripada haiwan
4. Kehidupan masyarakat sekarang tidak mengikut ALLAH
5. Perlu menjaga kebersihan kerana ALLAH menyayangi kebersihan
6. Menolong musuh ALLAH adalah haram
7. Musuh Islam sekarang adalah Amerika dan Yahudi
8. Kekalahan umat Islam adalah kerana keruntuhan akhalak Islam
9. Umat Islam kurang kekuatan
10.Perlu membina kekuatan sebenar ( iman )
Pengerusi Majlis : Husni
Qari Pagi ni : -
Penyampai : Almarhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain
1. Hutang dengan ALLAH akan dibayar dengan menta'ati ALLAH
2. Niat ikhlas dalam ibadah
3. Akal adalah nikmat manusia yang terbesar daripada haiwan
4. Kehidupan masyarakat sekarang tidak mengikut ALLAH
5. Perlu menjaga kebersihan kerana ALLAH menyayangi kebersihan
6. Menolong musuh ALLAH adalah haram
7. Musuh Islam sekarang adalah Amerika dan Yahudi
8. Kekalahan umat Islam adalah kerana keruntuhan akhalak Islam
9. Umat Islam kurang kekuatan
10.Perlu membina kekuatan sebenar ( iman )
Saturday, December 11, 2010
Doa
Suatu petang , satu peristiwa telah berlaku.
" Ahmad , ada member kita accident , petang tadi " ujar Ali
" Sapa ? " Ahmad bertanya dengan terkejut.
" Karim dengan Saiful, diorang naik motor , on the way nak pi Salak Tinggi " Ali menjelaskan lagi.
" Sekarang diorang ada kat mana ? " Ahmad bertanya lagi.
" Diorang ada kat Hospital Putrajaya dah sekarang , nak pi sana ka , Ahmad ? " Ali meneruskan perbualan.
" Boleh jugak tu , japgi lepas maghrib aku pi dengan ko , Ali , boleh? " Ahmad menyuarakan keinginan.
" Boleh - boleh , jom " Ali menyudahkan sembang petang itu.
Thursday, December 9, 2010
Perhimpunan
Masa : 9 / 6 / 2003 , 8 pagi
Pengerusi Majlis : Mughirah Syukbah Mustafa Kamil
Qari Pagi ni : Saifuddin Bin Abbas
Penyampai : Ustaz Abdul Hadi Bin Osman
1. ALLAH berjanji akan mengangkat orang - orang yang beriman dan berilmu
2. Ilmu perlu dipergunakan
3. Rasulullah berbangga mempunyai umat yang baik dari segi semua sgi
4. Perlu berfikir mengikut syara'
5. Dusta pintu perangkap syaitan
Pengerusi Majlis : Mughirah Syukbah Mustafa Kamil
Qari Pagi ni : Saifuddin Bin Abbas
Penyampai : Ustaz Abdul Hadi Bin Osman
1. ALLAH berjanji akan mengangkat orang - orang yang beriman dan berilmu
2. Ilmu perlu dipergunakan
3. Rasulullah berbangga mempunyai umat yang baik dari segi semua sgi
4. Perlu berfikir mengikut syara'
5. Dusta pintu perangkap syaitan
Wednesday, December 8, 2010
Jumpa
Hari ini , segala puji bagi ALLAH dikuatkan kembali untuk berkongsi segala apa yang tersisa dalam diri ni..
Setelah sudah lama mencari , akhirnya ketemu juga buku - buku catatan lama apa yang dapat di MATRI dulu...jadi peluang untuk berkongsi lagi banyak dan panjang..inshaALLAH..
Masa : 25 / 5 / 2003 , Lepas Isya'
Penyampai : Ustaz Abdul Karim Hashim
Tajuk : Amalan membaca Al-Quran
1. Menjaga Islam tidak begitu berat
2. Perlu yakin bahawa ALLAH yang menentukan segala - galanya
3. Jangan ada sikap tidak suka kepada Al-Quran
4. Setiap hari sekurang - kurangnya 1 muka Al-Quran
5. Perlu ada sifat menyayangi Al-Quran
6. Al-Quran juga cara untuk kenal ALLAH
7. Tiada sebarang kebatilan kepada Al-Quran
8. Al-Quran tanda kebesaran ALLAH
9. Fardhu dan wahyu ALLAH tidak pernah salah
Diharapkan dengan perkongsian ni , kita dapat 'saham akhirat' bersama..
' You will get better what you share with others '
Setelah sudah lama mencari , akhirnya ketemu juga buku - buku catatan lama apa yang dapat di MATRI dulu...jadi peluang untuk berkongsi lagi banyak dan panjang..inshaALLAH..
Masa : 25 / 5 / 2003 , Lepas Isya'
Penyampai : Ustaz Abdul Karim Hashim
Tajuk : Amalan membaca Al-Quran
1. Menjaga Islam tidak begitu berat
2. Perlu yakin bahawa ALLAH yang menentukan segala - galanya
3. Jangan ada sikap tidak suka kepada Al-Quran
4. Setiap hari sekurang - kurangnya 1 muka Al-Quran
5. Perlu ada sifat menyayangi Al-Quran
6. Al-Quran juga cara untuk kenal ALLAH
7. Tiada sebarang kebatilan kepada Al-Quran
8. Al-Quran tanda kebesaran ALLAH
9. Fardhu dan wahyu ALLAH tidak pernah salah
Diharapkan dengan perkongsian ni , kita dapat 'saham akhirat' bersama..
' You will get better what you share with others '
Sunday, July 18, 2010
Haram Pakai Jersi Lambang Salib
| Haram pakai jersi lambang salib | Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. “Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut. “Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini. |
Subscribe to:
Posts (Atom)


