Baju HIJAU dikenakan…
Berjalan dengan perlahan sambil mata
yang terpejam menuju kearah musolla…
Tika subuh selesai, bulatan tercipta
membicarakan pelbagai hal…
Sedang mentari terbit dari lindungan
banjaran wangsa-bridge,
Kaki mula melangkah kearah dewan
makan yang penuh dengan rezeki dari Allah S.W.T….
Terciptalah kembali bulatan
persahabatan,
Makanan dikongsi bersama,
Disebalik cawan yang sedikit itu,
Mereka menanti dengan penuh
kesabaran…
Tatkala selesai, rundingan
dijalankan bagi menentukan pembasuh talam terbaik….
Tangan yang bersambal dicuci…
Buaian bersebelahan pokok mata
kucing itu dibuai lagi…
Mereka berehat sebentar sementara
menanti tibanya waktu,
Itulah waktu dimana…
Bola dirembat kencang, ditampar dan
ditimbang….
Setelah perut kembali normal,
Baju di ampaian dikutip,
Kasut nike dan juga warrior
disarungkan…
Ketika gol penyamaan dijaringkan,
Ketika spiker berjaya membuat
tamparan terbaik,
Ketika bola takraw dilipat,
Laungan takbir memecah suasana pagi
yang indah…
Hari demi hari berlalu dengan
pantas…
Mata yang bersinar itu saling
merenung….
Tangan mulia itu menggenggam kemas…
Kaki menjadi kaku, tidak mampu
melangkah…
Kerna hati yang sangat sayu…
Tak mampu lagi menahan takungan air
mata…
Menangisi hari terakhir mereka
bersama…
Tubuh-tubuh itu saling berpelukan…
Sayu kedengaran tangisan perpisahan…
Mungkin suatu hari nanti,
Mereka akan bertemu lagi….
InsyaAllah…
Duduk sambil bersandar di atas
singgahsana,
Melihat sungai-sungai mengalir,
Itulah syurga ‘Adn
Mereka memakai pakaian sutera HIJAU….
Ameen.
Oleh : Ikhwan Mahadzir ,http://isshokemmei.wordpress.com/category/sahabat/
No comments:
Post a Comment