Tuesday, December 23, 2014

Tolakan Iman


Mari kita panjatkan rasa syukur kepada Allah tanpa rasa jemu kerana begitu banyak nikmat yang Allah curahkan kepada kita.
Nikmat yang paling kita hargai nikmat iman.

Diharapkan dengan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, kehidupan kita yang sementara ini dapat dijadikan suatu medan untuk kita mencari bekal untuk dibawa balik bertemu Allah SWT.


Sesungguhnya kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya. 
Jika kita berbahagia maka kebahagiaan kita adalah kebahagiaan yang hakiki yang kekal untuk selama-lamanya. Kehidupan di dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja , hanya laluan sementara sebagaimana pernah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW , hidup di dunia ini umpama seorang musafir , yang berjalan dan berhenti berteduh di  sebatang pokok , sampai masa dia akan menyambung perjalanan dia balik.Jadi duduk berehat di bawah pokok itulah tempoh kehidupan di dunia.

Masanya begitu singkat.Tapi syaitan dengan segala tipu dayanya menjadikan dunia itu nampak kekal.Nampak begitu indah bahkan seolah-olah kita hidup selama-lamanya sehingga ramai dalam kalangan manusia melupai bahawa kematian itu bakal menjemputnya pada bila-bila masa sedangkan kematian itu begitu hampir antara pejam dengan celik.
Tidak mustahil , sedang kita berehat-rehat  menonton TV sedangkan azan telah berkumandang , tiba-tiba Allah cabut nyawa kita. Begitulah sebenarnya kematian begitu hampir dengan kita.

Sebab itu , jiwa mukmin , jiwa yang meyakini pertemuan dengan Allah SWT , dia sentiasa sibuk menyiapkan bekalan atau menyiapkan dirinya untuk menjadikan dunia ini sebagai medan mencari bekalan untuk balik berjumpa dengan Allah SWT.

Dia meyakini bahawa Addunia Mazra’atul Akhirah , “Dunia ini ladang akhirat”. Jika di dunia ini tempat kita tanam pokok-pokok yang baik , kita akan tuai buah-buah yang baik,hasil-hasil yang baik di akhirat nanti.Tapi jika dunia ini dijadikan sebagai ladang maksiat , kita akan tuai buah-buah yang busuk dan beracun di akhirat.Dunia ini ladang akhirat.

( Audio Hidup Dengan Nilai Iman , Abu Umar )

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails