Tuesday, January 31, 2012

Wujudnya Lemah Dalam Diri


Saudaraku  
kadang-kadang , kerana satu dan hal lain , tiba -tiba ada 
perubahan yang drastik 
dalam spiritual kita
Solat kita tidak khusyyuk
Kaki terasa berat melangkah ke surau atau masjid untuk solat berjemaah , 
terutamanya solat Subuh.
Ghairah berqiyamullail kita surut dan terus menghilang
Cita-cita kepada dunia meluap-luap
Kita sukar bersyukur dan bertaubat
Kita akrab dengan dosa
Kita tidak ingat kematian , bahkan kita rasa 'dingin' saat dengar mendengar atau 
melihat kematian atau melalui perkuburan
Mata kita kering , tidak menerbitkan airmata
Dan masalah-masalah lain yang berbahaya 
yang pasti membawa kita jauh dari ALLAH
Saudaraku  
kita perlukan 'ramuan' 
dan nasihat-nasihat untuk mengatasi masalah-masalah ini 
dan menyucikan malah menjernihkan spiritual kita

Sumber : Taujih Ruhiyyah , Pesan-Pesan Spiritual Penjernih Hati

Keadaan pasti berlaku tika mana kita 'bersemangat' dan kuat dalam beribadah
Kelemahan-kelamahan yang pasti terjadi ini merupakan 
ujian dan tanda kasih sayang ALLAH kepada diri kita
ALLAH nak pilih hamba-Nya yang layak untuk ke syurga
Syurga nilainya tinggi dan hanya hamba-Nya yang terpilih
dan mampu membayar dengan harga yang 'tinggi' saja 
yang boleh menikmati syurga ALLAH
Oleh itu
Bersiaplah dengan hati yang suci dan bersih
Sebagai persediaan untuk berjumpa dengan ALLAH 

(Yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna ( 88 )
Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih ( 89 )
(Surah Assyu'ara )



Friday, August 5, 2011

Pokok


"Hubungan Iman dengan Islam adalah seperti hubungan benih dengan pohon.
Bahawa sebatang pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan adanya benih.
Meskipun boleh terjadi benih yang diletakkan di tanah tidak mempunyai pokok atau ia tumbuh juga tetapi cacat boleh jadi disebabkan oleh tanahnya yang kering atau kekurangan udara"
Asas - asas Islam , Abu A'la Al-Maududi

Alhamdulillah , segala puji ALLAH pada mana ketika pun kita mesti merasai Iman dan Islam adalah nikmat yang tinggi nilainya.
Disebalik banyaknya nikmat yang kita dapat di dunia ini , peminggiran Iman dan Islam sepatutnya tidak berlaku dan semestinya dipelihara.
Mukmin mesti mendahului Muslim. Kenapa?
Seorang manusia itu menjadi muslim apabila hatinya ada iman . Sama juga , tidak mungkin seorang manusia itu menjadi muslim apabila dalam hatinya tiada iman . Iman itu mesti didahului sebelum Muslim seperti benih 'Iman' yang melahirkan pokok 'Muslim'.

Wednesday, July 13, 2011

Segalanya ada jawapan


Setiap hari  , pasti timbul persoalan - persoalan yang sentiasa bermain - main di fikiran kita . Timbul risau , gelisah , marah dan ragu - ragu . Kita rasa buntu dan seolah - olah tiada jalan keluar dari persoalan - persoalan ni. Salah . Sebenarnya ada jawapan di sebalik segala persoalan itu. Di mana jawapan-jawapan itu?Jawabnya ialah Al-Quran  , Kalamullah

Kita bertanya: Ya ALLAH , kenapa aku diuji seberat ni ?

Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku inginkan dalam hidup ni?Aku selalu berharap dan bercita - cita untuknya tapi tak dapat...

Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

Kita bertanya : Kenapa ujian kepada aku seberat ini?Aku rasa lemah dan tak berdaya nak menempuhinya . Sukar..

Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Aku selalu rasa frust & tertekan dengan keadaan aku sekarang ni.

Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “Surah Ali Imran , ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapi frust dan tekanan ni?

Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah ayat 45.

Kita bertanya : Pada siapa yang aku berharap untuk bantu aku dengan segala masalah - masalah aku ni?


Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya : Apa hikmahnya daripada semua ujian ini?Rugi & Untung?

Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah , ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan dah dengan dugaan ni!Tak sanggup.

Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf , ayat 12.

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?Sukarnya.

Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.



WaALLAHu'alam.



Sunday, July 10, 2011

Antara Dua Cinta


Dua CINTA yang tidak akan pernah bertemu dalam satu masa iaitu:
  • Cinta kepada Allah swt dan cinta kepada kemaksiatan
  • Cinta kepada jihad dan cinta kepada kehidupan dunia
  • Cinta kepada pengorbanan dan cinta kepada harta
  • Cinta kepada kebenaran dan cinta kepada kekuasaan
  • Cinta kepada kedamaian dan cinta kepada membalas dendam
  • Cinta kepada pembaikan (Al-Islah) dan cinta kepada keselamatan
  • Cinta kepada kerja keras dan cinta kepada kerehatan
  • Cinta kepada keadilan dan cinta kepada penindasan
  • Cinta kepada kebaikan dan cinta kepada tipu daya

Sumber  : KBHI

Sunday, December 12, 2010

Perhimpunan Pagi

Masa                     : 16 / 6 / 2003 , 8 pagi
Pengerusi Majlis    :  Husni
Qari Pagi ni           :  -
Penyampai             : Almarhum Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain

1. Hutang dengan ALLAH akan dibayar dengan menta'ati ALLAH
2. Niat ikhlas dalam ibadah
3. Akal adalah nikmat manusia yang terbesar daripada haiwan
4. Kehidupan masyarakat sekarang tidak mengikut ALLAH
5. Perlu menjaga kebersihan kerana ALLAH menyayangi kebersihan
6. Menolong musuh ALLAH adalah haram
7. Musuh Islam sekarang adalah Amerika dan Yahudi
8. Kekalahan umat Islam adalah kerana keruntuhan akhalak Islam
9. Umat Islam kurang kekuatan
10.Perlu membina kekuatan sebenar ( iman )

Saturday, December 11, 2010

Doa


Suatu petang , satu peristiwa telah berlaku.
" Ahmad , ada member kita accident , petang tadi " ujar Ali
" Sapa ?  " Ahmad bertanya dengan terkejut.
" Karim dengan Saiful, diorang naik motor , on the way nak pi Salak Tinggi " Ali menjelaskan lagi.
" Sekarang diorang ada kat mana ? " Ahmad bertanya lagi.
" Diorang ada kat Hospital Putrajaya dah sekarang , nak pi sana ka , Ahmad ? " Ali meneruskan perbualan.
" Boleh jugak tu , japgi lepas maghrib aku pi dengan ko , Ali   , boleh? " Ahmad menyuarakan keinginan.
" Boleh - boleh , jom " Ali menyudahkan sembang petang itu.

Thursday, December 9, 2010

Perhimpunan

Masa                     : 9 / 6 / 2003 , 8 pagi
Pengerusi Majlis     : Mughirah Syukbah Mustafa Kamil
Qari Pagi ni            : Saifuddin Bin Abbas
Penyampai             : Ustaz Abdul Hadi Bin Osman


1. ALLAH berjanji akan mengangkat orang - orang yang beriman dan berilmu
2. Ilmu perlu dipergunakan
3. Rasulullah berbangga mempunyai umat yang baik dari segi semua sgi
4. Perlu berfikir mengikut syara'
5. Dusta pintu perangkap syaitan

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails