Sunday, February 7, 2010

Peringatan Dari Al-Zalzalah 2

Sambungan ayat 4-8

 Firman Allah dalam ayat empat pula, menceritakan bahawa bumi akan menceritakan beritanya iaitu apa yang disaksikan olehnya terhadap gelagat manusia sepanjang mereka hidup.
Nabi s.a.w juga ada memberitahu kita bahawa setiap kelakuan baik lelaki mahupun perempuan dilihat malah disaksikan oleh bumi dan akan didedahkan pada hari akhirat kelak.
Walaupun bumi tidak mempunyai mata dan lidah untuk berbicara , tetapi ini adalah perintah Allah s.w.t yang jelas berdasarkan ayat kelima. 
Kemudian , firman Allah s.w.t ini mengambarkan manusia keluar dari kubur masing-masing secara terpisah antara satu sama lain. Ketika inilah ditentukan , golongan yang bahagia akan diiringi ke syurga , sedangkan yang sengsara akan dihumban ke dalam neraka. Na'uzubillah minzalik.
Kekuasaan Allah s.w.t tiada tandingan

Ketika dibangkitkan dari kubur , manusia akan diperlihatkan segala setiap sesuatu balasan amalan yang dilakukan semasa di dunia dahulu , samada kebaikan ataupun kejahatan.
Penutup kepada surah Al-Zalzalah ini dalam ayat tujuh dan lapan , Allah s.w.t memberitahu setiap manusia akan kepentingan dan keseriusan  peristiwa hisab. 
Sebesar-besar amalan kita mahupun sekecil - kecil amalan kita pasti ada balasannya. Inilah janji Allah s.w.t.
Baik dibalas dengan syurga Allah , kejahatan dibalas dengan neraka Allah. Na'uzubillah minzalik.
Maka , sementara ada peluang di dunia ini , gunalah segala peluang kebaikan untuk mendapat balasan syurga kelak!! 
 

No comments:

Post a Comment

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails