Monday, March 1, 2010

Belajar Dari Al - Baqarah



" Dan mohonlah pertolongan ( kepada Allah ) dengan solat dan sabar . Dan ( solat ) itu sungguh berat , kecuali bagi orang yang khusyuk , iaitu mereka yang yakin , bahawa mereka akan menemui tuhannya , dan bahawa mereka akan kembali kepada - Nya "  Al-Baqarah 45-46


Setiap hari kita pasti akan mendapat masalah dan ujian , tetapi bagaimana kita menghadapinya??
Di sini , saya kongsikan sebuah ingatan dari Allah S.W.T yang menunjukkan yang Allah amat sayang dan kasihkan setiap hambanya sehingga menunjukkan jalan keluar kepada apa jua masalah yang dihadapi..sebesar-besar hingga sekecil-kecil masalah..
Allah telah beritahu kepada kita bahawa dalam apa jua kerja kita , yang sememangnya kita mengharapkan kerja kita itu adalah yang terbaik(hasil yang baik)..
mintaklah pertolongan dengan secara yakinnya daripada - Nya dengan SOLAT dan SABAR..
Inilah cara yang Allah S.W.T telah beritahu kita..


Mintak tolong dengan solat & sabar ??
Kita ini amat fakir ( amat-amat memerlukan ) kepada kekuasan dan kebijaksanaan Allah S.W.T kerana dalam solatlah kita akan rasa dekatnya diri kita dengan Allah S.W.T..tetapi dengan syarat kita mesti cuba untuk mendapatkan khusyuk dalam solat..bagaimana khusyuk dalam solat?Dengan kita rasa bahawa yang kita akan kembali bertemu dengan Allah S.W.T


Dengan sabar , kita mesti merasakan bahawa apa jua yang berlaku datang dan sudah dtentukan oleh Allah S.W.T kepada kita..tidak mengira baik ataupun yang buruk kerana ujian yang baik ( kemewahan , kebijaksanaan , pangkat , sempurna @ sihat tubuh badan ) @ yang buruk ( sakit , miskin ) sememangnya akan menguji kita ( semakin dekat @ semakin jauh dengan Allah S.W.T )
Kita redha dengannya...


Kadang-kadang banyak masalah yang kita hadapi tak selesai-selesai sehingga hari ini..
Maka terpulanglah kepada kita apakah kita akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin...
Mintaklah pertolongan Allah S.W.T dengan solat dan sabar!!!



No comments:

Post a Comment

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails