
Lebih daripada 1.5 juta orang penduduk Gaza meneruskan kehidupan seharian mereka dalam keadaan serba
kesempitan dan kekangan akibat sekatan berterusan yang dikenakan oleh rejim Aparthied Zionis Israel dan sekutunya.
Sekatan yang dikenakan sejak bermulanya Intifadah Al Aqsa pada bulan November 2000 berterusan sehingga ke saat ini, di mana rakyat Gaza dihalang daripada mendapatkan hak asas kemanusiaan ‐ kebebasan untuk bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air ‐ dan mereka diasingkan sama sekali dari dunia luar.
Israel menghina dunia dengan melanggar Konvensyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila terus membina Tembok Kematian, mengurung Palestin dengan tembok batu setinggi dari 8 hingga 15 meter. Tidak cukup dengan kurungan itu, kerajaan Mesir juga bertindak membina Tembok Besi bagi menutup
sebarang laluan di sepanjang sempadan Gaza‐ Mesir. Serangan brutal Zionis Israel ke atas Gaza dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sama sekali meranapkan kehidupan di Gaza. Rumah kediaman, sekolah, masjid, universiti, hospital, kilang‐kilang, jalanraya, malahan apa sahaja yang diperlukan untuk kehidupan dirosakkan atau dimusnahkan. Setelah dimusnahkan sedemikian rupa, mereka dihalang dari
mendapat bantuan luar, disekat dari turun ke laut, dan diserang hampir setiap hari… dapatkah kita bayangkan kehidupan seperti itu?