Wednesday, May 5, 2010

Talian Hayat

Lebih daripada 1.5 juta orang penduduk Gaza meneruskan kehidupan seharian mereka dalam keadaan serba
kesempitan dan kekangan akibat sekatan berterusan yang dikenakan oleh rejim Aparthied Zionis Israel dan sekutunya.
Sekatan yang dikenakan sejak bermulanya Intifadah Al Aqsa pada bulan November 2000 berterusan sehingga ke saat ini, di mana rakyat Gaza dihalang daripada mendapatkan hak asas kemanusiaan ‐ kebebasan untuk bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air ‐ dan mereka diasingkan sama sekali dari dunia luar.
Israel menghina dunia dengan melanggar Konvensyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila terus membina Tembok Kematian, mengurung Palestin dengan tembok batu setinggi dari 8 hingga 15 meter. Tidak cukup dengan kurungan itu, kerajaan Mesir juga bertindak membina Tembok Besi bagi menutup
sebarang laluan di sepanjang sempadan Gaza‐ Mesir. Serangan brutal Zionis Israel ke atas Gaza dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sama sekali meranapkan kehidupan di Gaza. Rumah kediaman, sekolah, masjid, universiti, hospital, kilang‐kilang, jalanraya, malahan apa sahaja yang diperlukan untuk kehidupan dirosakkan atau dimusnahkan. Setelah dimusnahkan sedemikian rupa, mereka dihalang dari
mendapat bantuan luar, disekat dari turun ke laut, dan diserang hampir setiap hari… dapatkah kita bayangkan kehidupan seperti itu?

Menerobos Tembok Kematian Kini Gaza telah sekian lama dipisahkan daripada kita—dari udara, darat mahupun laut. Apakah cukup kita hanya terus bersedih dan bersimpati?
Inilah masanya untuk kita bergabung tenaga, fikiran dan sedikit daripada apa yang kita miliki bersama masyarakat antarabangsa menentang kejahatan Zionis Israel dan sekutunya dengan menerobos sekatan yang mereka bina. Ayuh kita mulakan langkah menghancurkan tembok kematian di Gaza. Jangan biarkan diri kita
sekadar menjadi pemerhati yang membiarkan kerakusan Israel merobek hak manusia lain untuk hidup dengan aman damai.


Talian Hayat Untuk Gaza

merupakan usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada 15 Mei 2010.
Projek ini diterajui oleh NGO Insan Hak ve Hurriyetleri (IHH) dari Turki yang akan disertai relawan antarabangsa, termasuklah dari Malaysia, Turki, Ireland, Sweden dan juga Indonesia, tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka akan menerobos halangan Israel dengan menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yang lain. Kita berharap untuk menghantar 2 buah kapal bagi menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap mereka yang ditindas di Gaza. Sahutlah jeritan rakyat Gaza yang sedang diganyang oleh Zionis dan sekutunya. Bantulah mereka membina semula segala yang telah dimusnahkan, dan buktikan kepada Zionis bahawa seluruh manusia yang waras, termasuk anda semua, menolak dan membenci kejahatan
mereka.Bagaimana anda boleh membantu?
1. Doakan agar projek ini berjaya dan mendapat perhatian
seluruh pelusuk dunia, dan seterusnya rakyat Palestin akan
terbebas daripada kejahatan Zionis Israel dan sekutunya.
2. Hulurkan bantuan bagi menjayakan projek ini.
3. Sebarkan maklumat ini kepada setiap mereka yang anda
kenali, tanpa mengira batasan bangsa, agama dan politik.


www.lifeline4gaza.org


" Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam , dia bukan dari golongan mereka " 
( Al - Hadith )

No comments:

Post a Comment

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails