Thursday, June 10, 2010

( Soal Jawab ) Ikan Keli

Soalan : 
Saya penggemar ikan keli . Banyak ikan keli yang diternak diberi makan najis sehingga ada yang mengatakan hukum memakan ikan tersebut adalah haram dan ada juga yang mengatakan makruh . Apakah pendapat ulama dalam kes ini?



Jawapan : 
Haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya disebut sebagai jallalah . Ulama berbeza pendapat dalam meletakkan takrif  jallalah . Ulama Maliki , Syafi'i dan Hanbali berpendapat maksud jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut makan makanan lain.
Para ulama Hanafi , Syafi'i , Imam Malik sendiri dan Imam Ahmad di dalam salah suatu pendapatnya mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan. Manakala para ulama Hanbali mengharamkan daging jallalah untuk dimakan.
At- Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W melarang seseorang daripada memakan daging jallalah termasuk susunya. Para ulama Hanbali mengambil berdasarkan hadis zahir dan meletakkan setiap larangan membawa maksud haram. Manakala ulama lain meletakkan bahawa larangan di sini bukanlah haram secara mutlak , malah ianya hanya menunjukkan larangan yang membawa maksud makruh.
Walaubagaimanapun , ulama meletakkan tempoh tertentu untuk membersihkan jallalah ini dengan memberikan makanan yang baik dan bukan najis kepada jallalah ini. 
Menurut para ulama Syafi'i , binatang seperti ayam perlu dikuarantikan selama tiga hari , kambing pula selama tujuh hari , unta dan lembu perlu dikuarantinkan selama 40 hari. 
Dalam masalah ikan keli pula  , tempoh kuarantinnya sama seperti ayam iaitu 3 hari dan dalam tempoh tersebut ikan perlulah diberi makan dengan makanan yang bukan najis.
Sumber - ( Solusi , Isu 15 , Soal Jawab Fiqah ) 
Berikut adalah fatwa kebangsaan mengenai perkara ini

2 comments:

  1. ayat 96, al-maidah

    "Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yg berasal) dari laut sbg makanan yg lezat bagimu...."

    dalam tafsiran Quran Tafsir mengatakan laut adalah termasuk sungai dan sebagainya...
    kemudian yg berasal dari laut itu adalah termasuk ikan yg telah mati terapung atau terdampar di pantai....

    sebenarnya ikut kefahaman ana dulu-dulu.... apa yg mati dilaut adalah halal dimakan, jadi ana tak tau pulak ada ikan jalallah yg x leh dimakan... ikut kefahaman ana semua ikan boleh dimakan....
    ana dah mula konfius dah skrg ni... huhuhu

    ReplyDelete

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails