Saturday, December 11, 2010

Doa


Suatu petang , satu peristiwa telah berlaku.
" Ahmad , ada member kita accident , petang tadi " ujar Ali
" Sapa ?  " Ahmad bertanya dengan terkejut.
" Karim dengan Saiful, diorang naik motor , on the way nak pi Salak Tinggi " Ali menjelaskan lagi.
" Sekarang diorang ada kat mana ? " Ahmad bertanya lagi.
" Diorang ada kat Hospital Putrajaya dah sekarang , nak pi sana ka , Ahmad ? " Ali meneruskan perbualan.
" Boleh jugak tu , japgi lepas maghrib aku pi dengan ko , Ali   , boleh? " Ahmad menyuarakan keinginan.
" Boleh - boleh , jom " Ali menyudahkan sembang petang itu.

Keadaan di Hospital Putrajaya ketika itu , dipenuhi dengan ramai saudara mara dan kawan - kawan Karim dan Saiful . Menunggu khabar semasa dari pihak hospital mengenai keadaan mereka . Ada khabar angin yang mengatakan mereka cedera parah pecah muka , harapan tipis untuk hidup , masih tidak sedarkan diri dan macam-macam lagi. Mungkin ada benarnya tanggapan ini mengikut gambar - gambar yang diambil kerana jika difikirkan dan dilihat secara normalnya , Saiful dan Karim jatuh ke dalam longkang besar yang jauh ke bawah dari kawasan selekoh yang tinggi. Kecil ja nampak mereka dari kawasan selekoh itu menunjukkan jauhnya mereka terjatuh  . Motor yang mereka naik penuh  dengan percikan darah  .  Ngeri apabila tengok gambar - gambar itu. Namun , bagi Ahmad , selagi tiada 'kesudahan yang pasti' , masih ada peluang yang ALLAH berikan .

Sedang menunggu itu , waktu Isya' telah masuk . Ahmad dan kawan - kawan pergi mengerjakan solat Isya' . Selesai solat Isya ' , " Aku nak solat hajat kejap ye , korang tunggu jap " Ahmad mengkhabarkan hasratnya kepada rakan - rakannya . Dengan rasa penuh pengharapan  akan keajaiban dan kuasa Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Berkuasa , Ahmad mulakan solat . Kedengaran  tersedu - sedu tangisan Ahmad  ketika sujud terakhir . Alhamdulillah , dengan izin ALLAH , gugur air mata Ahmad dalam solatnya.  Kawan - kawan Ahmad yang berada dalam bilik solat menjadi saksi ketika itu . Ahmad akhiri solatnya itu dengan doa .

Setelah beberapa hari , walaupun keadaan Saiful dan Karim masih tidak sedarkan diri , mereka semakin hari semakin baik . Berita ini menggembirakan rakan - rakannya terutamanya Ahmad . Gembiranya Ahmad dengan berita ini menjadikan dia semakin yakin dengan kekuasaan ALLAH . Keraguan dan kerisauan dengan kuasa ALLAH yang membelenggunya selama ini alhamdulillah berjaya dirawat sedikit demi sedikit dengan peristiwa ini . Yang penting baginya , doa membuktikan keyakinannya dengan kuasa ALLAH dalam keadaan apa sekalipun . Hatinya semakin yakin dengan kehebatan ALLAH melalui  doa .

  "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "
- Al - Baqarah : 186 - 

No comments:

Post a Comment

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails