Thursday, February 11, 2010

Wednesday, February 10, 2010

Dunia Hati

 

" Berapa ramai manusia hari ini menjadi hamba kemasyhuran  hamba dunia dan hamba nafsu yang penuh dengan tipu daya? Sedarlah , dunia adalah medan untuk mencari cinta Kekasih dan akhirat saat menemui Kekasih "

Hidup Sebagai Peminjam

Monday, February 8, 2010

Usia

 
Usia tidak tunggu sesiapa


" Hakikatnya , semakin meningkatnya usia kita , semakin dekat diri kita dengan kematian , semakin diri kita dengan kematian , makin dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T. Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek aqal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan "

Sunday, February 7, 2010

Futsal @ Miat

Barisan pemain

Alhamdulillah..
Pagi tadi bermula pukul 9 pagi hingga 1030 pagi , saya diberi rezeki untuk bermain futsal di Meracipta Futsal , Salak Tinggi.
Pemain yang terlibat :
  • Luqman Rejab
  • Syahir Osman
  • Zuhdi Sanusi
  • Amirul ( Yo)
  • Hazim
  • Radhi 
  • Hafizuddin
  • Afifi
  • P.cik Kasrol 
  • En. Shahrul
  • Akmal ( KUIS )
  • Amir ( KUIS )
  • Osman
  • Zulhafiz
  • Fathi Nadzir
 Riadah yang dianjurkan Majlis Ilmu Siswa ( MISI ) mengambil masa 1 jam yang amat memenatkan.
Tiada pertukaran yang dibenarkan  ( tidak cukup pemain ).
Setelah 1 jam bermandi peluh , futsal ini disudahi sesi berkenalan ringkas dan penyampaian oleh P.cik Kasrol.


Penyampaian P.cik Kasrol

Moga-moga riadah futsal ini dapat diteruskan kerana bagi saya inilah salah satu cara untuk kita mengenali lebih mendalam seseorang dan menanam kembali ikatan ukhwah dengan lebih mendalam lagi..InsyaALLAH...

" Sesungguhnya Allah Lebih Menyukai Muslim yang Kuat Berbanding Muslim yang Lemah"


Peringatan Dari Al-Zalzalah 2

Sambungan ayat 4-8

 Firman Allah dalam ayat empat pula, menceritakan bahawa bumi akan menceritakan beritanya iaitu apa yang disaksikan olehnya terhadap gelagat manusia sepanjang mereka hidup.
Nabi s.a.w juga ada memberitahu kita bahawa setiap kelakuan baik lelaki mahupun perempuan dilihat malah disaksikan oleh bumi dan akan didedahkan pada hari akhirat kelak.
Walaupun bumi tidak mempunyai mata dan lidah untuk berbicara , tetapi ini adalah perintah Allah s.w.t yang jelas berdasarkan ayat kelima. 
Kemudian , firman Allah s.w.t ini mengambarkan manusia keluar dari kubur masing-masing secara terpisah antara satu sama lain. Ketika inilah ditentukan , golongan yang bahagia akan diiringi ke syurga , sedangkan yang sengsara akan dihumban ke dalam neraka. Na'uzubillah minzalik.
Kekuasaan Allah s.w.t tiada tandingan

Ketika dibangkitkan dari kubur , manusia akan diperlihatkan segala setiap sesuatu balasan amalan yang dilakukan semasa di dunia dahulu , samada kebaikan ataupun kejahatan.
Penutup kepada surah Al-Zalzalah ini dalam ayat tujuh dan lapan , Allah s.w.t memberitahu setiap manusia akan kepentingan dan keseriusan  peristiwa hisab. 
Sebesar-besar amalan kita mahupun sekecil - kecil amalan kita pasti ada balasannya. Inilah janji Allah s.w.t.
Baik dibalas dengan syurga Allah , kejahatan dibalas dengan neraka Allah. Na'uzubillah minzalik.
Maka , sementara ada peluang di dunia ini , gunalah segala peluang kebaikan untuk mendapat balasan syurga kelak!! 
 

Saturday, February 6, 2010

Dunia Ladang Akhirat

 
" Kehidupan dunia tidak lebih dari satu persinggahan yang terlalu sementara tetapi dirasakan lama apabila jiwa terleka dan terpegun dengan keindahan dunia yang penuh kepalsuan.Segala kemewahan akan ditinggalkan dan segala keseronokan akan sirna akhirnya , yang tinggal hanyalah kenangan yang semakin hari semakin pudar ditelan masa. Dunia tidak sepatutnya menjadi penentu kepada kesedihan dan kegembiraan kerana sifat kepalsuan dan kesementaraannya.Teguhkan hati dalam menyiapkan ' tanaman ' untuk dituai hasilnya di akhirat kelak ! "

Peringatan Dari Al-Zalzalah

" Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat , 
" Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat ( yang dikandungnya ) ,
" Dan manusia bertanya , ' Apa yang terjadi pada bumi ini?? ' ,

 
Sungguh indah, kemudiannya?
" Pada hari itu , bumi menyampaikan beritanya ,
" Kerana Tuhanmu telah memerintah ( yang demikian itu ) padanya , 
" Pada hari itu , manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok - kelompok , untuk diperlihatkan 
   keadaan mereka ( balasan ) semua perbuatannya , 
" Maka barangsiapa megerjakan kebaikan walaupun sebesar zarrah , nesacaya dia akan melihat (balasan)nya,
" Dan barangsiapa mengerjakan kebaikan walaupun sebesar  zarrah , nescaya dia akan melihat ( balasan ) nya".

Friday, February 5, 2010

Al-Kisah

Pada suatu hari , seorang peniaga Arab yang sombong sedang berjalan - jalan menaiki untanya yang amat mahal harganya. Dia bersiar - siar melalui sebuah bandar sambil mempamerkan barang perhiasan dan jubahnya yang mahal. Sedang dia bersiar - siar , tiba-tiba , sekumpulan tentera berkuda lalu dengan laju dan melanggar dengannya . Dia terjatuh tersungkur.

 

Kemudian , dalam keadaan jatuh itu , datang seorang tukang sapu untuk membantu. 
' Ah , tuan sudah jatuh !' kata tukang sapu
" Aku tidak jatuh , hanya jubahku yang jatuh "
' Tapi tuan benar- benar jatuh ' balas tukang sapu itu.

Thursday, February 4, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin 2010

 

 Jom!!

Seni Manusia

          
" Sungguh hebat hasil ciptaan manusia tetapi pernahkah kita membandingkannya dengan keajaiban & kehebatan ciptaan Yang Maha Pencipta apatah lagi menghargainya walaupun sesedut oksigen "

Selamat Datang!!



Assalamualaikum. w.b.t
Segala puji bagi Allah dengan izin-Nya
Dapat juga saya mempersiapkan blog ini..
Semoga blog ini bermanfaat kepada saya dan anda!!

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails