Friday, August 5, 2011

Pokok


"Hubungan Iman dengan Islam adalah seperti hubungan benih dengan pohon.
Bahawa sebatang pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan adanya benih.
Meskipun boleh terjadi benih yang diletakkan di tanah tidak mempunyai pokok atau ia tumbuh juga tetapi cacat boleh jadi disebabkan oleh tanahnya yang kering atau kekurangan udara"
Asas - asas Islam , Abu A'la Al-Maududi

Alhamdulillah , segala puji ALLAH pada mana ketika pun kita mesti merasai Iman dan Islam adalah nikmat yang tinggi nilainya.
Disebalik banyaknya nikmat yang kita dapat di dunia ini , peminggiran Iman dan Islam sepatutnya tidak berlaku dan semestinya dipelihara.
Mukmin mesti mendahului Muslim. Kenapa?
Seorang manusia itu menjadi muslim apabila hatinya ada iman . Sama juga , tidak mungkin seorang manusia itu menjadi muslim apabila dalam hatinya tiada iman . Iman itu mesti didahului sebelum Muslim seperti benih 'Iman' yang melahirkan pokok 'Muslim'.

2 comments:

  1. Assalamualaikum, salam ziarah..

    Hakikatnya, tidak ada gunanya bangunan yang cantik tanpa ada asasnya yang kukuh.

    Realiti sekarang pun, jika dilihat golongan beragama yang sekadar kulit sahaja, tanpa isi yang penuh dan sebenarnya...

    Jazakallah khair atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam (tlg jawab utk radhi, :D)

    hati adalah raja. kalau baik, maka baiklah seluruhnya. kalau buruk, maka buruklah seluruhnya.

    smoga hati kita sentiasa dlm keadaan mengingatiNya

    ReplyDelete

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails