-Photo by http://www.liveyourseoul.com -
" Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'.
Beramal kerana manusia adalah syirik.
Ikhlas itu ialah ALLAH menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya "
- Fudhail Ibn Iyad-
Kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kemuliaan dengan Islam , maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam , maka ALLAH akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan
Jadi dimanakah letaknya kebahagiaan? Bagaimana cara untuk menggapainya?
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah antara manusia yang diuji dengan ujian yang luar biasa. Ada yang diletakkan besi panas pada dadanya hingga mengeluarkan lemak dan lemak itu lalu memadamkan bara api. Khubaib Ibnu Adi RA di kerat anggota badannya satu persatu hingga menemui kematian. Mus'ab bin Umair hidup dalam serba kekurangan, sehari makan sehari berlapar dan berbagai bentuk kepayahan dan penderitaan yang mereka lalui. Ya, dari sudut fizikalnya mereka menderita dan hidup dalam kesempitan tetapi apa yang ada dijiwa mereka? Ketenangan, kepasrahan, lapang dada dan kepuasan dengan kehidupan dan pengorbanan. Kita memiliki segala kemewahan dan kesenangan tetapi apa yang ada dihati kita? Keraguan, kegelisahan, keluh kesah, kekecewaan dan segala racun yang mematikan hati.