Thursday, April 22, 2010

Hari Ini



" Umat Islam hari ini benar-benar berada di persimpangan jalan. Islam dengan berbagai perisa dan pewarna telah menyelubungi kehidupan mereka hingga mereka menjadi keliru dalam memilih jalan hidup yang lurus; mereka gagal memilih watak-watak atau keperibadian (syakhsiyah) sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT."





Hari ini kita dapat lihat kebanyakan muslim  telah keliru dengan apa yang ada pada hari ini.
Pluralisme , Hendonisme , Liberalisme  dan Sekularisme adalah antara warna-warna dan perisa - perisa yang telah merosakkan Islam yang sebenarnya. Pluralisme yang membawa konsep kesamaaan dalam semua agama menekankan bahawa semua agama adalah sama sahaja , Hendonisme yang  pula membawa fahaman yang mengutamakan kesukaan dan kemewahan dalam hidup tanpa batasan Islam , Liberalisme yang memberi kebebasan beragama dan Sekularisme yang konsepnya mengasingkan setiap perbuatan daripada cara hidup Islam. Semua konsep ini benar - benar telah meruntuhkan kekuatan Islam yang sebenar.


Sememangnya semua musuh Islam pada hari ini boleh berbangga dan tersenyum gembira dengan keruntuhan Islam. Jangan dilihat jauh - jauh cuma lihat pada senario masyarakat Malaysia sendiri. Pelbagai jenayah yang kejam yang mungkin pada suatu masa dahulu menjadi suatu perkara yang tidak masuk akal telah menjadi topik harian dalam media.
Jenayah ini tidak perlu diceritakan kerana ia sudah menjadi lumrah yang sudah sebati. Tambahan pula , segala cabang kehidupan umat manusia juga telah hancur dan runtuh seperti pendidikan , kekeluargaan@masyarakat , ekonomi dan pemerintahan akibat segala perisa dan pewarna ini. Muslim hari ini telah hilang identitinya dan hala tuju hidupnya. 


Bagaimana tindakan kita? 


Perlu kembali kepada Allah Maha Pencipta dan Penguasa alam ini dan Islam cara hidup yang diredhai selama-lamanya. Dengannya kita akan gembira dan seronok dengan janji - janji-Nya. Bahagia dunia akhirat. Selama - lamanya. Allah juga akan tetap pelihara agama-Nya hingga kemusnahan dunia ini walaupun pelbagai langkah untuk meruntuhkannya dibuat atau tidak dipegang oleh umat manusia hari ini


" Dan barangsiapa mencari agama selain Islam , dia tidak akan diterima , dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi" Ali - Imran 85


   

















1 comment:

Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails