Wednesday, May 5, 2010

Talian Hayat

Lebih daripada 1.5 juta orang penduduk Gaza meneruskan kehidupan seharian mereka dalam keadaan serba
kesempitan dan kekangan akibat sekatan berterusan yang dikenakan oleh rejim Aparthied Zionis Israel dan sekutunya.
Sekatan yang dikenakan sejak bermulanya Intifadah Al Aqsa pada bulan November 2000 berterusan sehingga ke saat ini, di mana rakyat Gaza dihalang daripada mendapatkan hak asas kemanusiaan ‐ kebebasan untuk bergerak, mendapatkan pendidikan, bekalan makanan dan air ‐ dan mereka diasingkan sama sekali dari dunia luar.
Israel menghina dunia dengan melanggar Konvensyen Geneva dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa apabila terus membina Tembok Kematian, mengurung Palestin dengan tembok batu setinggi dari 8 hingga 15 meter. Tidak cukup dengan kurungan itu, kerajaan Mesir juga bertindak membina Tembok Besi bagi menutup
sebarang laluan di sepanjang sempadan Gaza‐ Mesir. Serangan brutal Zionis Israel ke atas Gaza dari 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sama sekali meranapkan kehidupan di Gaza. Rumah kediaman, sekolah, masjid, universiti, hospital, kilang‐kilang, jalanraya, malahan apa sahaja yang diperlukan untuk kehidupan dirosakkan atau dimusnahkan. Setelah dimusnahkan sedemikian rupa, mereka dihalang dari
mendapat bantuan luar, disekat dari turun ke laut, dan diserang hampir setiap hari… dapatkah kita bayangkan kehidupan seperti itu?

Thursday, April 22, 2010

Hari Ini



" Umat Islam hari ini benar-benar berada di persimpangan jalan. Islam dengan berbagai perisa dan pewarna telah menyelubungi kehidupan mereka hingga mereka menjadi keliru dalam memilih jalan hidup yang lurus; mereka gagal memilih watak-watak atau keperibadian (syakhsiyah) sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT."




Monday, April 12, 2010

Imam Muda


Majlis pelancaran Imam Muda di Palace of The Golden Horses pada 11 Mac lalu.
SETELAH mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru Imam Muda!
Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.
Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Tuesday, March 30, 2010

Pembawa Kebenaran


“Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika kejalan Allah maka percayalah itulah jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman denganNya, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak.” 
Al - Hadith

( Ramadhan Al - Buti , Fiqh Al - Sirah ) 

Sebelum terlambat....



" Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "

Az - Zumar : 53 


“ Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan. ‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang” 

An-Nisa : 18

 " Barangsiapa bertaubat sebelum matahri terbit dari tempat tenggelamnya, maka Allah menerima taubatnya” 

Hadits Riwayat Muslim (Adz-Dzikir wa Ad-Du’a)

Ya ALLAH terima lah taubatku kerana aku tahu azab Mu amatlah pedih..sesungguhnya Engkau Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang...

Wednesday, March 10, 2010

Ya Rasulullah S.A.W !!

Rasullulah Makan Bersama Aisyah

Rasulullah s.a.w dan Aisyah sering makan bersama bahkan berkongsi satu pinggan yang sama . Aisyah pernah meriwayatkan " Suatu hari , aku makan bersama Rasulullah . Tiba - tiba Umar Al - Khattab melintas dan Baginda memanggilnya makan bersama kami . Kadang - kala tanganku menyentuh jari baginda."
( Riwayat Bukhari , al-Nasa'i dan Al Tabrani )

Aisyah juga pernah meriwayatkan bahawa beliau meminum minuman lalu memberikannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudian minum dari gelas yang sama , dengan meletakkan mulutnya di tempat bekas mulutnya di tempat bekas mulut Aisyah .
( Riwayat Muslim , Abu Daud , al-Nasa' dan Ibn Majah )

Monday, March 1, 2010

Belajar Dari Al - Baqarah



" Dan mohonlah pertolongan ( kepada Allah ) dengan solat dan sabar . Dan ( solat ) itu sungguh berat , kecuali bagi orang yang khusyuk , iaitu mereka yang yakin , bahawa mereka akan menemui tuhannya , dan bahawa mereka akan kembali kepada - Nya "  Al-Baqarah 45-46


Setiap hari kita pasti akan mendapat masalah dan ujian , tetapi bagaimana kita menghadapinya??
Di sini , saya kongsikan sebuah ingatan dari Allah S.W.T yang menunjukkan yang Allah amat sayang dan kasihkan setiap hambanya sehingga menunjukkan jalan keluar kepada apa jua masalah yang dihadapi..sebesar-besar hingga sekecil-kecil masalah..
Allah telah beritahu kepada kita bahawa dalam apa jua kerja kita , yang sememangnya kita mengharapkan kerja kita itu adalah yang terbaik(hasil yang baik)..
mintaklah pertolongan dengan secara yakinnya daripada - Nya dengan SOLAT dan SABAR..
Inilah cara yang Allah S.W.T telah beritahu kita..


Mintak tolong dengan solat & sabar ??
Kita ini amat fakir ( amat-amat memerlukan ) kepada kekuasan dan kebijaksanaan Allah S.W.T kerana dalam solatlah kita akan rasa dekatnya diri kita dengan Allah S.W.T..tetapi dengan syarat kita mesti cuba untuk mendapatkan khusyuk dalam solat..bagaimana khusyuk dalam solat?Dengan kita rasa bahawa yang kita akan kembali bertemu dengan Allah S.W.T


Dengan sabar , kita mesti merasakan bahawa apa jua yang berlaku datang dan sudah dtentukan oleh Allah S.W.T kepada kita..tidak mengira baik ataupun yang buruk kerana ujian yang baik ( kemewahan , kebijaksanaan , pangkat , sempurna @ sihat tubuh badan ) @ yang buruk ( sakit , miskin ) sememangnya akan menguji kita ( semakin dekat @ semakin jauh dengan Allah S.W.T )
Kita redha dengannya...


Kadang-kadang banyak masalah yang kita hadapi tak selesai-selesai sehingga hari ini..
Maka terpulanglah kepada kita apakah kita akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin...
Mintaklah pertolongan Allah S.W.T dengan solat dan sabar!!!



Copyright by Satu Pilihan

Related Posts with Thumbnails